Thursday 7 January 2016

Cara minum air kangen water

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Tips Minum Air Alkali ; Buku Keajaiban Air

CARA MINUM AIR KANGEN YANG TERBAIK

Perkongsi info cara minuman air KANGEN yang terhasil daripada mesin Enagic Jepun ini.

Sebelum kami berkongsi cara2 untuk minum air ini, ingin kami ceritakan bahawa cara2 di bawah merupakan ringkasan yang padat telah dihasilkan oleh Puan Norhuda Mahat di dalam coretan buku nya bertajuk "Keajaiban Air"

*jika berminat untuk dapatkan buku ini boleh call/wassap/mesej kami www.KangenMaster.com
www.facebook.com/QuranicFoods
WhatsApp 0175750810

Antara pengisian yang diceritakan tentang cara terbaik untuk minuman air Kangen ini adalah seperti berikut :-

Panduan ini adalah sebahagian coretan oleh Dr. Dave Carpenter dalam bukunya "Change Your Water, Change Your Life"

Ketika bangun pagi, anda disarankan  untuk minum 1 gelas air berion. Setelah tidur selama 6-8 jam, badan kita pastinya memerlukan air. Sekiranya air merupakan komponen pertama yang masuk ke dalam tubuh kita, seluruh organ pencernaan akan segar dan air tadi akan membersihkan perut sebelum kita mengambil sarapan. Minum air alkali sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan. Ini kerana ia dapat merangsang rembesan asid hidrochloric untuk percernaan dan penyerapan nutrien secara efektif dalam badan kita.

JANGAN minum air ketika makan, terutamanya air alkali kerana ini akan meneutralkan asid hidroklorik dalam perut. Sekiranya asid hidroklorik dalam perut menjadi neutral, pencernaan tidak dapat berlaku dengan sempurna dan lambat. Sekiranya BENAR-BENAR TERPAKSA dan perlu minum air, minumlah air biasa yang bersifat neutral (Contohnya air minuman pH7).

Walau bagaimanapun, sebarang jenis air tidak digalakkan diminum ketika makan kerana air akan mencairkan asid hidroklorik dan seterusnya melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrient ke dalam badan.TUNGGU sekurang-kurangnya satu jam selepas makan untuk minum air. Biarkan makanan tersebut hadam ke dalam perut terlebih dahulu.

HENTIKAN dan ELAKKKAN pengambilan air bikarbonat kerana air ini akan menjadikan tubuh badan sangat berasid . Tubuh badan kita memerlukan air alkali kira-kira 1 Liter untuk meneutralkan asid dari air bikarbonat ini. Minum air SEPANJANG HARI. Letakkan air anda ditempat yang selalu anda berada.

Selain itu, panduan ini juga turut di sokong oleh Dr. Hiromi Shinya menerusi bukunya "The Enzyme Factor":-

1-3 cawan air setelah bangun dari tidur
2-3 cawan air 1 jam sebelum makan tengahari
2-3 cawan air 1 jam sebelum makan malam
20 minit setelah minum air, makan buah-buahan
Mengambil sarapan 30 minit selepas makan buah-buahan
Elakkan mengambil air sebelum tidur pada waktu malam ini kerana akan menyebabkan refluks. Refluks ialah keadaan dimana kandungan didalam perut (asid perut) cuba untuk kembali semula ke bahagian esofagus. Ini akan menyebabkan pedih ulu hati.
Elakkan minum air ketika makan. Air akan mencairkan enzim pencernaan ketika makan sekaligus menjadikan makanan sukar untuk dicernakan dan diserap ke dalam tubuh kita.

Saranan pengambilan makanan dan minuman ini telah disarankan oleh para saintis dan dalam tidak sedar ia juga diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu. 
Antara adab Rasulullah s.a.w. ketika makan dan minum ialah:-

*Dilarang makan berselang seli dengan air
*Memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan
*Mengamalkan banyak minum air
*Elakkan kekenyangan sebelum tidur
*Minum dengan tiga nafas- 
Minum dengan tiga kali tegukkan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain
*Hindari menonggang 
*Minum dalam keadaan duduk

moga bermanfaat utk semua ya... AAMIIN

والله أعلم ...

عفوا وجزاكم الله خيرا كثيرا
اللهم آمين

Untuk pembelian Mesin Kangen atau Penyediaan Air sila hubungi kami.
www.KangenMaster.com
www.facebook.com/QuranicFoods
WhatsApp 0175750810

No comments:

Post a Comment