Sunday 30 August 2015

Seminar Enagic Kangen Water Kedah Perlis Penang kini di JITRA kedah

Peluang tambah ilmu dan tambah biz
🌿🌿🌿🌿🌿🌿
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
JEMPUTAN RASMI
Big Champion Team Ust Yusof..
Menjemput tuan puan ke program

KURSUS PENINGKATAN DIRI  & MEMBINA KEJAYAAN BERSAMA ENAGIC MALAYSIA

Pengisian Program:

➡  Air dan kehidupan.
Oleh :Dr Farukh Abdullah

➡ Profile company Enagic  dan Mesin Kangen
Oleh: Ir Mohd Jamal bin Nasir

➡ Training Demonstrasi Air.
Oleh :Prof Dr Azizi zakaria

➡ Membina Kerjayaan Bersama Kangen Water..Strategi Closing
Oleh:En Basir Ismail

Tarikh: 5 Sept 2015 (Sabtu)

Masa: 8.30 Pg-4.00 ptg

Tempat: Hotel Darulaman  JITRA

yuran pendaftaran:rm 35

Tuan/ puan dijemput  hadir

Jgn lepaskan peluang keemasan ini.
Tempat Terhad : whatsapp 0175750810 untuk tempahan tempat.
Pemilik mesin amat di harap utk hadir
Sila2......
www.facebook.com/MasterKangenWater 
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
www.kangenMaster.com
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

TEAM KANGENMASTER.COM
more info www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenMaster.com
whatsapp admin 0175750810

Khidmat Penyediaan Air atau Perundingan Mesin
Kedah Alor Setar
0175750810 us zaki Alor Setar
0194707821 us fuad Tandop
0172548182 us Din Kuala Nerang
0194780798  us  Malik  Jln Langgar
0174000684 Umie Alor Merah anak bukit
0126213241 MakNdak

Sg Dua Penang 0134287576
Terengganu Besut Jertih +60179277417

Wednesday 26 August 2015

Krisis Pemulihan Healing Crisis Direction of Cure

🍃Krisis Pemulihan

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan air Kangen, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil air Kangen, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilannya untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas beberapa waktu selepas pengambilan air Kangen, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti cara yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir
Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?
Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. In Sya Allah.

more info www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenMaster.com
whatsapp admin 0175750810

Khidmat Penyediaan Air atau Perundingan Mesin
Kedah Alor Setar
0175750810 us zaki Alor Setar
0194707821 us fuad Tandop
0172548182 us Din Kuala Nerang
0194780798  us  Malik  Jln Langgar
0174000684 Umi Alor Merah anak bukit

Sg Dua Penang 0134287576
Terengganu Besut Jertih +60179277417

air Bersih bertapis vs air Alkali

BAHAYA KLORIN DALAM AIR !!!!!


Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak 
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins 
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa 
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-
sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai 
pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga 
menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon

bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang 
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.
* http://hargaiair.blogspot.com/2011/04/bahaya-klorin-dalam-air.html?m=1

#######
Kini keperluan fenomena atau trend sedang  beralih kepada AIR BERSIH yg MEMBANTU PEMULIHAN KESIHATAN pengguna yg dh amal air bersih bertapis bertahun2 di rumah sudah mula mencari SOLUSI BARU agar  sumber utama badan YG HARI2 KITA AMBIL dapat membantu pemulihan kesihatan.
Dah lama minum air bertapis bersih?  bagaimana kesihatan? jom cuba AIR BERTAPIS BERSIH..  BERION..  BERALKALI..  MICRO CLUSTER..  membantu pemulihan dan mengembalikan FUNGSI ASAL SISTEM TUBUH yg telah terganggu.

www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenMaster.com