Tuesday 26 May 2015

Air Alkali Penawar Kesihatan : Alor Setar Kedah

Air alkali penawar kesihatan

NOR ATIEYAH YUSOFF

27 Mei 2015

Mohamad Nor Zaki bersama produk air alkali yang dijualnya.

Air kosong diklasifikasikan penting terhadap tubuh badan seseorang. - Gambar hiasan

Kelebihan air alkali meneutralkan pH badan dan membuang toksin berbahaya.

AIR merupakan sumber penting manusia yang berperanan bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, namun lebih daripada itu.
 

Amalan meminum air kosong atau suam begitu digalakkan supaya tubuh kita kekal sihat dan bertenaga.
 

Sejak akhir-akhir ini, air alkali semakin popular kerana dikatakan mampu memberi kesan positif kepada kesihatan. Kerana kelebihan itu, air alkali atau air kangen, satu portal online mengeluarkan kenyataan Pengarah Majlis Air Antarabangsa, Dr Mona Harrison mengatakan virus dan agen jangkitan tidak boleh hidup dalam persekitaran alkali.
 

Katanya, sel sihat akan bersifat alkali dan sel rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.
 

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
 

Sebagai contoh, sistem pencernaan memerlukan asid bagi memproses makanan dihadam perut, namun jika berlebihan, asid tersebut akan memudaratkan kesihatan.
 

Air beralkali adalah larutan sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.
 

Bahkan, ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.

 

Kekal bertenaga
 

Bagi konsultan, Mohd Harizan Mohd Ajis, 29, kali pertama minum air alkali adalah pengaruh ahli keluarganya.
 

Setelah menghabiskan sebotol air alkali, Mohd Harizan berasa semakin bertenaga dan kurang penat selepas seharian bekerja.
 

“Rasanya juga berbeza dengan air biasa yang rasa sedikit payau. Sebelum ini, saya mengamalkan air suam mengganti cecair dalam badan kerana saya seorang yang aktif bersukan,” katanya.
 

Memandangkan Mohd Harizan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak dan olahraga, dia memerlukan air alkali untuk kembali cergas di padang.
 

“Saya tidak mudah letih dan kekal bertenaga setiap masa. Jika dahulu saya mengambil dua botol air sehari.
 

“Kini, saya mengurangkan kepada sebotol sehari kerana kesihatan bertambah baik. Kuantiti air diambil akan bertambah sekiranya saya mengalami sengal badan atau keletihan melampau,” katanya.

 

Buang toksin badan
 

Menurut guru sekolah, Pungodi Shanmugam, dia mengamalkan air alkali sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan rakan sekerjanya.
 

Walaupun ada yang mengatakan air tersebut mengundang kemudaratan, tetapi dia tidak mengalaminya.
 

“Apa yang membuatkan saya tertarik adalah kebaikan air kangen ini yang membantu menyeimbangkan pH badan dan membuang toksin.
 

“Rakan-rakan sekerja yang mengesyorkan air minuman ini kerana ia menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan,” katanya.
 

Selepas mendengar penerangan daripada rakannya, dia mengetahui lebihan toksin atau sisa beracun berpunca daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh.
 

“Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli dan merasai sendiri kebaikannya sejak beberapa tahun lalu.
 

“Apatah lagi kerjaya sebagai guru mempunyai jadual ketat, air ini amat bagus kepada individu seperti saya,” katanya.

 

Sesuai digunakan dalam masakan
 

Seorang kerani, Hanisa Hazimat, 26, mengakui perbezaan dialami selepas mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan air tersebut.
 

“Sejak menggunakan air kangen (alkali), saya rasai perubahan ketara terutamanya kulit semakin lembut.
 

“Dulu kulit agak lesu dan kering kerana kurang air dalam badan. Namun air ini mengembalikan keseimbangan air atau pH badan lebih neutral,” katanya.
 

Katanya, amalan mencuci muka dengan air tersebut membantunya mengurangkan kulit kering dan bermasalah.
 

Begitu juga dengan aktiviti seharian menyebabkan mudah penat dan sering sakit tekak, Hanisa mendapati air alkali membantu mengatasi masalah itu tanpa ubat.
 

Selain sebagai air minuman, Hanisa berkata air kangen digunakan di dapur untuk memasak dan mencuci sayuran.
 

Katanya, air alkali lebih cepat mendidih berbanding air biasa manakala sayuran pula lebih tahan lama.
 

“Daging juga tidak perlu dimasak terlalu lama supaya khasiatnya dikekalkan. Makanan tidak mudah basi dan rosak jika dibiarkan semalaman,” katanya.

 

Cegah penyakit kronik
 

Peniaga air alkali, Mohamad Nor Zaki Kamil, 45, menyatakan kebanyakan testimoni pelanggannya mendapati pakar perubatan sendiri yang mengesyorkan pesakit agar minum air tersebut.
 

Dia berkata, kegunaan air tersebut untuk mencuci toksin dan kekotoran akibat pemakanan tanpa gangguan asid berlebihan.
 

“Setahun lebih saya jual air ini, pelanggan beri maklum balas positif selepas minum secara berterusan,” katanya.
 

Dia berkata, pelanggannya terdiri daripada pesakit buah pinggang dan gout kerana saluran mereka tersumbat kini semakin sembuh.
 

Mohamad Nor Zaki menjual air tersebut berdasarkan permintaan pelanggan sama ada 500 mililiter atau 19 liter.
 

“Air alkali sebenarnya sama seperti air putih biasa, namun rasanya sedikit berbeza tanpa campuran gula dan gas.
 

“Ia sesuai di minum oleh semua lapisan umur kerana sangat bagus untuk kesihatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
More : www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenMaster.biz

http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/air-alkali-penawar-kesihatan1.394612

1 comment:

  1. MELOY CRUISE Casino & Hotel - MapyRO
    MELOY CRUISE 영천 출장안마 Casino 진주 출장샵 & Hotel in 전라남도 출장안마 Lake Tahoe is an affordable and fun casino hotel located 태백 출장마사지 in 목포 출장샵 the beautiful State of Nevada.

    ReplyDelete